Wednesday, January 26, 2011

JEJAK HUFFAZ


Rabu 26 Jan 2011 Kelab Pendidikan Islam & j-QAF hari ini mengadakan aktiviti pertama iaitu Program Jejak Huffaz. Program ini bertujuan untuk mencungkil bakat di kalangan murid khususnya di dalam bidang hafazan.

Sebagai permulaan pihak kelab telah memilih surah al-Fatihah sebagai surah pertama untuk dihayati. Ini kerana surah al-Fatihah merupakan surah pertama di dalam al-Quran di samping yang paling banyak dibaca terutama di dalam solat seharian. Murid bukan sahaja dibimbing dari segi bacaan dan hafazan malah hukum tajwid dan makhraj huruf juga turut diambil kira.




Muhd Firdaus Ashraf sedang memperdengarkan bacaan surah al-Fatihah sementara murid-murid lain mengikut bacaannya.

Friday, January 21, 2011

KEM BESTARI SOLAT 2 / 2011

Jumaat 21 Jan 2011 Panitia Pendidikan Islam SK Bertam Indah hari ini menganjurkan Kem Bestari Solat Tahun 2 Siri Pertama 2011. Kem yang dijalankan selepas solat Jumaat itu mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada murid-murid. Seawal jam 2.30 petang lagi mereka telahpun sampai ke sekolah walaupun program dijadualkan bermula pada jam 3.00 petang.


Para peserta dibahagikan kumpulan


Tekun membaca dan menghafal bacaan-bacaan dalam solat


Peserta bersemangat membaca bacaan tahiyyat awal walaupun terdapat di antara sebutannya kurang tepat seperti "Asy-syadu"... Lepas nie.. sebut biar betul-betul.. Asyhadu... :)



Menu petang ini bihun sup dan air sirap. Murid-murid menunjukkan isyarat bagus menandakan menu yang dihidangkan menepati selera mereka


Sesi amali wuduk


Solat asar berjemaah diimamkan oleh Us. Mohamad Sabri b. Haniff

Thursday, January 13, 2011

MESYUARAT AGONG TAHUNAN 2011



Rabu 12 Jan 2011 Kelab Pendidikan Islam & j-QAF SK Bertam Indah hari ini telah mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan Kali Ke 7 2011 bertempat di Darul Bisyarah. Seramai hampir 80 orang ahli kelab telah hadir dalam mesyuarat pada kali ini. Mesyuarat ini diadakan bagi memilih Ahli Jawatankuasa baru bagi menganggotai 15 jawatan di dalam Kelab Pendidikan Islam & j-QAF sesi 2011.

Berikut adalah senarai AJK :

PENGERUSI
Ahmad Saifuddin b. Muhammad Zain (6M)

NAIB PENGERUSI
Siti Sarah bt. Suhaimi (6B)

SETIAUSAHA
Mohammad Syariqul Huzni b. Mohammed Effendy (6B)

PEN. SETIAUSAHA
Noraisah bt. Hairul Hizam (6B)

BENDAHARI
Muhammad Arifi b. Abdul Latiff (6M)

PEN. BENDAHARI
Muhammad Azrul Amir b. Junid (6M)

AJK TAHUN 6
Che Muhammad Ammar Haziq b. Che Man (6)
Nur Hazreen bt. Abdul Halim (6D)
Nur Arlia Farhana bt. Mohd Nazir (6M)

AJK TAHUN 5
Noor Hakeem Waldan b. Noor Azman (5B)
Nurul Farah Izzati bt. Nordin (5B)

AJK TAHUN 4
Muhammad Ilya Faris b. Che Mohd Ilias (4M)
Nur Afiqah bt. Abdul Latiff (4B)

AJK TAHUN 3
Muhammad Syamim b. Mohd Arobi (3B)
Aina Nadhirah bt. Derani (3B)