Friday, July 29, 2011

Pelancaran Semarak Ramadan 2011

Panitia Pendidikan Islam hari ini melancarkan Program "Semarak Ramadan 2011" sempena sambutan dan penghayatan Ihya' Ramadan 1432 Hijrah yang bakal menjelang hari Isnin depan.

Program yang dirasmikan oleh Guru Besar, Pn. Hjh. Halimatun Sa'adiah Said itu dimulakan dengan bacaan surah Yasin yang melibatkan semua murid dari tahun 1 hingga tahun 6 SK Bertam Indah dan semua guru bertempat di Pentas Utama.

Menurut Ketua Panitia Pendidikan Islam, Pn. Sharifah Yahya "Semarak Ramadan" adalah satu program rutin yang diadakan setiap tahun bagi menghidupkan amalan mulia sepanjang mengharungi bulan yang penuh dengan keberkatan ini. Pelbagai aktiviti telah dirancang antaranya bacaan al-Quran tadarus, tazkirah, kuiz, tayangan video "Jejak Rasul", bacaan NILAM khusus bahan-bahan Pendidikan Islam, majlis berbuka puasa, radio Ramadan dan banyak lagi.

Kesemua aktiviti ini akan diakhiri dengan satu slot kemuncak iaitu Majlis Khatam al-Quran Tadarus yang bakal berlangsung di penghujung bulan puasa nanti.

Thursday, July 28, 2011

KFC : JAMUAN KERAIAN

Seramai 32 orang murid yang menyertai Kalam Jama'ie baru-baru ini telah diraikan dalam satu majlis makan tengahari pada hari ini. Bertempat di KFC, Kompleks Dato' Kailan murid-murid tersebut diiringi oleh tiga orang guru. Majlis makan itu dimulakan dengan bacaan doa oleh Muhd. Ilya Faris pada jam 1.00 tengahari.








Wednesday, July 27, 2011

APC 2010

SMKA Al-Irshad 27 Jul 2011 Seramai 8 orang guru SKBI telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2010. Mereka yang diketuai oleh Guru Besar, Pn. Hjh. Halimatun Sa'adiah terdiri daripada guru-guru pelbagai opsyen iaitu Pn. Ubaidah, En. Nizam, En. Rasyiddin, En. Sundermurthi, Pn. Sharifah, Pn. Zuraini dan Pn. Shahizat.

TAHNIAH !!! diucapkan... Semoga dengan anugerah dan penghargaan ini dapat memberi semangat dan iltizam yang tinggi dalam menggapai kecemerlangan yang lebih hakiki. (Turut dalam gambar, Pn. Hjh. Norjah Jamaludin, Mantan Guru Besar SKBI yang telahpun bersara pada awal bulan lalu di SK Permatang Bertam)


MESYUARAT PANITIA KALI KE-3 (26 JUL 2011)






Tuesday, July 26, 2011

KEM BINA JUARA 2011


Para peserta bergambar kenangan bersama Us. Azmi Abdul Hamid (duduk 7 dari kiri) dan 10 orang fasilitator serta pegawai PPD Seb. Perai Utara.

44 Sekolah (SK) Program j-QAF Jayakan Kem Bina Juara

KEPALA BATAS Seramai 60 orang murid daripada 44 buah sekolah Program j-QAF Daerah SPU telah menyertai Kem Bina Juara (KBJ) Daerah Seberang Perai Utara yang berlangsung selama 4 hari bermula dari 18 hingga 21 Julai 2011 di Pusat Kegiatan Guru (PKG) Kepala Batas. Program yang dianjurkan oleh Unit Pengurusan Akademik, PPD Seb. Perai Utara itu telah dirasmikan oleh Ustaz Azmi Abdul Hamid, Penolong Pengarah j-QAF, JPN P. Pinang.

Kem Bina Juara j-QAF ini adalah suatu usaha untuk menggilap bakat dan potensi murid-murid cemerlang dalam aspek al-Quran, jawi dan Bahasa Arab dan menjadi asas melahirkan juara di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan. Dalam masa yang sama kem ini juga dapat membentuk Murid Turus yang akan membantu guru di kelas untuk membimbing rakan sebaya. Ia juga turut memberi peluang kepada murid untuk memperkembangkan bakat melalui modul yang diperkenalkan.

Pelaksanaannya dijalankan dalam bentuk kem yang memberi fokus kepada latihan secara individu dan berkumpulan (LDK) untuk mengasah bakat dan minat murid mendalami bidang tarannum, penulisan khat dan pengucapan awam dalam bahasa Arab. Bidang yang diketengahkan ini merupakan pengetahuan dan kemahiran tambahan kepada murid- murid yang telah menguasai bacaan al-Quran, jawi dan bahasa Arab dalam Program j-QAF.

Menurut salah seorang peserta, Haniey bt. Zaihal Hazri murid tahun 5 SK Bertam Indah, program KBJ ini amat bermakna dan menyeronokkan. Di samping dapat mengasah bakat yang sedia ada ia juga turut memberi nilai tambah kepada pengetahuan baru. Beliau berharap agar dapat mengikutinya lagi pada tahun hadapan.

** 3 Orang murid SKBI turut menyertai KBJ kali ini iaitu Haniey (B. Arab), Azamuddin (Tarannum) dan Noor Hakim Waldan (Penulisan Khat)

Haniey, Muhd Daniel Hakim dan Muhd. Ariff menunjukkan sijil penyertaan KBJ Daerah Utara

LAGU TEMA KBJ 2011

PENYAMPAIAN SIJIL KALAM JAMAIE



Peserta Kalam Jamaie bergambar kenangan bersama Pn. Hawa Mat Yazid dan En. Sohizan Bakar sejurus menerima sijil dan cenderahati kenangan



Muhammad Anas Iman menerima hadiah dan sijil daripada PK 1, Pn. Hawa Mat Yazid

Cik Hawa Jamilah membantu Ketua Panitia Pendidikan Islam, Pn. Sharifah Yahya mengiringi PK 1 menyampaikan hadiah kepada Muhd. Danial Farhan