Wednesday, September 22, 2010
DEMI CINTA SUCI - UNIC
MINUS ONE : DEMI CINTA SUCI
Pernah hatiku luka pedih
Kerana dicalari cinta penuh duri
Lemas aku dalam dilema
Kata janji manis sungguh tak bermakna
C/O :
Mencarimu kasih bagai mencari mutiara putih
Walau ke dasar lautan sanggup ku selami
Namun tak percaya apa yang telah aku terjumpa
Kau sebutir pasir tak berharga
Demi cinta yang suci
Ku rela korbankan kepentingan diri
Demi sinar bahagia
Ku hambakan diri pada-Nya yang Esa
Baru kini ku rasai nikmatnya cinta yang suci
Tiada terbanding dengan cinta yang kau beri
Ranjau yang berduri akan aku tabah menempuhnya
Menyubur iman di dalam jiwa
Demi cinta yang suci
Ku rela korbankan kepentingan diri
Demi sinar bahagia
Ku hambakan diri pada-Nya yang Esa
Demi cinta hakiki
Ku sanggup redahi apa yang terjadi
Apalah erti cinta suci
Andai janji-janji sering dimungkiri
Apalah erti cinta murni
Andai kata-kata sering didustai
Monday, September 20, 2010
Thursday, September 9, 2010
Saturday, September 4, 2010
MAJLIS KHATAM AL-QURAN (Tadarus Ramadan)
Darul Bisyarah 3 September 2010 Seramai 95 orang murid Tahun 4 dan 5 telahpun menjayakan Majlis Khatam Al-Quran Sempena Program Ihya' Ramadan 1431 pada kali ini. Majlis yang diadakan sejurus selepas Program Bacaan Yasin Mingguan Tahun 6 itu telah dipimpin oleh Yg. Berbahagia Ustaz Hanif, Imam Masjid Badawi, Kepala Batas.
Dalam pada itu, seramai 18 orang murid selaku pembaca pengiring khalifah telah memperdengarkan bacaan masing-masing bermula dari surah al-Dhuha hingga surah al-Ahad. Apa yang menarik, kesemua murid tahun 4 dan 5 yang dipilih mengikuti program ini adalah di kalangan mereka yang telahpun khatam al-Quran.
Di akhir majlis, pihak Panitia Pendidikan Islam menyampaikan saguhati daripada PIBG SK Bertam Indah berbentuk duit raya sebanyak RM10 kepada setiap peserta.
Tuesday, August 10, 2010
Friday, July 9, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)


