Saturday, October 30, 2010

SEKITAR LAWATAN HARI PERTAMA

1. MUZIUM SAMUDERA



2. MUZIUM TLDM

3. KOTA A' FAMOSA

4. MUZIUM KESULTANAN MELAKA

5. MASJID SELAT MELAKA

6. MENARA TAMING SARI



7. MUZIUM AL-QURAN MELAKA

8. MASJID AL-AZIM (MASJID NEGERI)

9. PLANETARIUM MELAKA

10. BANDAR ICT SHAH ALAM, SELANGOR

Friday, October 29, 2010

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MELAKA

Tarikh 28 Oktober 2010 Jam 10.30 malam diiringi doa dari para waris dan kebenaran pihak pentadbiran sekolah, bas bergerak menuju ke Selatan tanah air. Rombongan yang disertai 44 orang terdiri dari 34 org murid dari kelab j-QAF dan 10 orang guru Pendidikan Islam dan j-QAF menjadikan Negeri Melaka sebagai lokasi pertama dalam tentatif program.

2 orang pemandu pelancong yang disediakan oleh pihak bas memudahkan perjalanan ke tempat yang dituju. Perkhidmatan bas dari syarikat SINARMAS yang beroperasi di Sungai Petani amat memuaskan. Bas yang selesa menjadikan perjalanan malam berjalan dengan lancar dan ceria.
Hentian Air Keroh menjadi hentian pertama untuk membersihkan diri dan solat subuh. Walaupun terpaksa berebut dan bersempit, semua peserta rombongan dapat mandi dan menunaikan solat subuh dengan sempurna. Selepas subuh, bas bergerak menuju ke Dataran Samudera.

Antara tempat yang dilawati sepanjang di Melaka mengikut susunan perjalanan ialah :

1) Muzium samudera
2) Muzium TUDM
3) Muzium TLDM
4) Menjamu selera di Warung Pak Enal
5) Masjid Taman Selat
6) Menara Taming Sari
7) Masjid Al-Azim
8) Muzium Al-Quran
9) Planetrium
10) Makan malam di R&R Air Keroh
11) Bersiar-siar di Bandar ICT, Shah Alam

Lawatan hari pertama berakhir dengan bermalam di Hotel Bestotel, Batu Caves, Kuala Lumpur. Bilik yang selesa dapat mengembalikan tenaga untuk meneruskan lawatan hari kedua di ibu negara Malaysia iaitu Kuala Lumpur.

Aktiviti hari kedua.

Bersaksikan Bendera Malaysia yang berdiri megah di Dataran Merdeka, lagu Negaraku dinyanyikan beramai-ramai. Merehatkan diri sambil menyaksikan panorama Kuala Lumpur diwaktu pagi di dataran Merdeka amat menenangkan. Bangunan KLCC yang menempatkan pelbagai tempat menarik menjadi tarikan kami untuk melawatinya. Satu kepuasan yang tidak terkata apabila dapat melihat kehidupan laut dari jarak yang dekat di Aquaria KLCC. Setelah penat, semua peserta menjamu selera di ruang rehat taman KLCC. Antara tempat-tempat yang berjaya dilawati sepanjang di Kuala Lumpur ialah ;

1) Menara KL
2) Jalan Tunku Abdul Rahman
3) Sogo
4) Masjid India

Bas bertolak pulang ke Pulau Pinang pada jam 8.30 malam dan sampai ke perkarangan SKBI pada jam 12.30 malam.

Menurut Penyelaras j-QAF, Pn.Norduriah Mat Daud “ Saya amat berpuashati dengan kerjasama yang diberikan oleh semua peserta rombongan. Perjalanan yang cukup selesa dengan perkhidmatan cemerlang syarikat bas SINARMAS serta 2 orang pemandu pelancong yang sangat mesra”.

Manakala menurut Pn. Zuridah “Rombongan Melaka dan Kuala Lumpur adalah rombongan terindah sepanjang saya berkhidmat di SKBI”. Pn. Normah turut berasa terharu kerana akan berpisah dengan para peserta rombongan yang kebanyakkannya terdiri dari anak-anak sulung kelahiran pertama program j-QAF. Nurul nasuha 12 tahun selaku naib ketua rombongan berhasrat untuk terus mengikuti setiap rombongan yang dianjurkan oleh kelab j-QAF walaupun sudah berhijrah ke sekolah menengah.

Wartawan lokasi:
Anibfirdausi

Friday, October 15, 2010

MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERDANA : Catatan Indah Di Bumi Bertuah

Tanggal 13 Oktober 2010… Hujan yang turun seiring dengan alunan zikir asma al-husna… menyaksikan satu peristiwa yang akan terpahat di setiap minda semua yang terlibat. Majlis Khatam Al-Quran Perdana murid-murid j-QAF sesi 2005 hingga 2010 berjalan dengan lancar dan sempurna. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Berbahagia Penolong Pengarah j-QAF JPN Negeri Pulau Pinang, Ustaz Azmi b. Abdul Hamid…. di atas kesudian beliau merasmikan majlis yang penuh keberkatan ini. Seramai 201 daripada 204 orang murid tahun 6 telah berjaya mengkhatamkan Al-quran di sepanjang sesi pembelajaran mereka di sekolah Kebangsaan Bertam Indah. Manakala 3 orang pelajar masih meneruskan perjuangan mereka untuk mengkhatam al-Quran bersama guru masing-masing(BIG).

Terima kasih juga kepada pihak pentadbir terutamanya Puan Guru Besar kerana memberi kerjasama yang jitu tanpa berbelah bagi. Tanpa bantuan Guan Besar pastinya j-QAF Sekolah Kebangsaan Bertam Indah tidak dapat mengilap kecemerlangan seperti yang dikecapi sekarang ini.

Tidak dilupa juga kepada mantan Guru Besar sesi 2005 hingga 2008 yang disayangi. Pn. Norjah bt. Jamaludin yang sentiasa memberi bantuan dan sokongan moral serta tunjuk ajar dalam setiap aspek. Cikgu Norjah juga banyak memberi ruang serta peluang untuk kami guru-guru j-QAF merialisasikan program j-QAF tanpa batasan.

Begitu juga dengan penglibatan guru-guru akademik yang sentiasa prihatin dan memberi kerjasama sepanjang perjalanan Kem Bestari Solat. Tanpa bantuan guru-guru akademik untuk menjaga keselamatan dan makanan para peserta pastinya semua program tidak akan berjalan dengan lancar dan berada di dalam keadaan yang terkawal serta selamat.

Kepada guru-guru Pendidikan Islam dan Ketua Panitia, jutaan terima kasih kerana banyak membantu kami dalam menjayakan setiap program j-QAF yang dijalankan. Terutamanya Ustazah Normah bt Samsudin selaku Penyelaras j-QAF. Ustazah Normah sebagai kakak yang tidak jemu menasihati adik-adiknya tentang amanah seorang guru j-QAF, sebagai ibu di waktu anak-anak bermasalah serta sebagai nenek yang sanggup menjaga cucu-cucu di kala kami guru-guru j-qaf sibuk mengisi data.

Bersatunya j-QAF adalah dengan iringan doa serta berkat kerjasama semua guru-guru j-QAF serta penglibatan semua pihak yang terlibat samada dari segi kewangan ataupun nasihat serta tunjuk ajar yang telah diberikan secara langsung ataupun tidak langsung. Kepada pihak-pihak yang banyak memberi sumbangan di dalam menjayakan majlis Khatam al-Quran perdana ini, kami ucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga. Tanpa bantuan kewangan dari penyumbang pastinya MKQP tidak akan dapat berjalan dengan lancar.




Akhbar Sinar Harian 14 Oktober 2010


http://www.sinarharian.com.my/utr/content/story8289116.asp

Wednesday, October 13, 2010

MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERDANA


Us. Zulkifli b. Talib bertanyakan sesuatu kepada Guru Besar, Pn. Hjh. Halimatun Saadiah bt. Sa'id sambil diperhatikan oleh Us. Azmi b. Abdul Hamid. Di sebelah kanan beliau adalah YDP PIBG SK Bertam Indah.

Rabu 13 Oktober 2010
Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama PIBG SK Bertam Indah hari ini melakar sejarah apabila berjaya menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran Perdana 2010 sempena Kemuncak Program j-QAF. Majlis yang dirasmikan oleh Al-Fadhil Ustaz Azmi b. Abdul Hamid (Penolong Pengarah j-QAF) ini telah dimulakan dengan perarakan kompang selawat dan alunan nasyid Asma' al-Husna. Seramai 18 orang murid tahun 6 program j-QAF telah memperdengarkan bacaan masing-masing dengan diketuai oleh En. Rasyiddin b. Mohd yang bertindak selaku khalifah.

Turut hadir pada majlis ini ialah Us. Zulkifli b. Talib, Pegawai Pendidikan Islam, PPD Utara dan En. Shariful Azhar, YDP PIBG. Menurut Ketua Panitia Pendidikan Islam, Pn. Syarifah bt. Yahya program ini telah dirancang dengan penuh teliti kerana ia merupakan program mega yang melibatkan murid-murid generasi pertama j-QAF. Ini amat penting kerana penat lelah para guru mengajar dan bertungkus lumus selama 6 tahun dapat dilihat dan hasilnya dikecapai bersama pada hari ini.

Di majlis ini juga, seramai 2 orang murid iaitu Mirza Rusyaidi b. Marzuki dan Siti Aida bt. Rohaidi telah dipilih untuk menerima Anugerah Gemilang j-QAF 2005-2010. Anugerah yang diberikan ini adalah untuk mengiktiraf murid-murid berkenaan yang berjaya dalam pelajaran dan semua aktiviti kokurikum yang berteraskan program dan model-model j-QAF. Di akhir majlis semua murid tahun 6 yang beragama Islam seramai 205 orang telah diberikan sijil pencapaian, cenderahati dan sehelai t-shirt majlis khatam sebagai kenang-kenangan.




Para peserta khatam dan dif-dif kehormat diiring masuk ke pentas utama dengan paluan kompang selawat



Para peserta khatam berdiri mengalunkan Asma al-Husna bersama para hadirin


18 orang murid yang mewakili keseluruhan 210 orang murid Tahun 6 memperdengarkan bacaan masing-masing


Mirza Rusyaidi bersama ibu serta ayahnya ketika menerima Anugerah Gemilang j-QAF 2005-2010


Siti Aida yang turut menerima Anugerah Gemilang j-QAF 2005-2010 (Kategori Perempuan) bergambar kenangan bersama ayahanda tercinta

Sunday, October 3, 2010

AZ-ZIARAH - IN-TEAM



AZ-ZIARAH : MINUS ONE



الزيارة

اللي يهنى بزيارة قلبه ينال البشارة
حازم أمرنبينا زاده المولى انتصار

اللي يبغي الوداع زور صحب الشفاعة
اللي يبغي الوصول زور مقام الرسول
صدق إيمان طاعة يبلغ قصده عن جدارة

الله الله الله الله الله الله الله الله

يا رب كل آن صل على العدنان
واغفرلنا وارحمنا والطف بنا يا باري

يا رب يا رب يا رب كل آن

الله الله الله الله الله الله الله الله

يا رب كل آن صل على العدنان
واغفرلنا وارحمنا والطف بنا يا باري

أنا الذي أهواه جل الذي سواه
محمد لو لاه ما كانت الأكوان

الله الله الله الله الله الله الله الله

PERG TAK KEMBALI - RABBANI



PERGI TAK KEMBALI : RABBANI



Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi