Thursday, May 19, 2011

Kalam Jamaie

Buat kesekian kalinya, pasukan Kalam Jama'ie SK Bertam Indah di bawah naungan Panitia Pendidikan Islam dan Panitia Bahasa Arab telah dipelawa untuk membuat persembahan jemputan setelah mengadakannya 3 tahun dahulu sempena Pelancaran i-Pintar oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Ke-5 pada 2008 di SK Hashim Awang, Kepala Batas.

Pada kali ini, pasukan tersebut akan mengadakan persembahan di malam perasmian iaitu Malam Semarak Wahyu sempena Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Kebangsaan 2011 bertempat di SMKA Al-Irsyad, Pokok Sena pada 27 Mei 2011 ini.

Diharap semua ahli seramai 33 orang itu telah bersedia dengan sebaiknya.

*Pasukan Kalam Jama'ie SK Bertam Indah pernah menjuarai Pertandingan Kalam Jama'ie dua tahun berturut-turut dalam Karnival Pendidikan Islam j-QAF Peringkat Negeri Pulau Pinang pada tahun 2006 dan 2007.

Thursday, May 12, 2011

Lawatan Nazir


Rabu 11 Mei 2011 SK Bertam Indah telah menerima kunjungan daripada pihak nazir seramai 5 orang pada hari ini. Lawatan tersebut diadakan sebagai penanda aras kepada SKBI untuk terpilih sebagai sebuah Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa Ke-5 2011 dalam bidang kebitaraan Pendidikan Islam.

Antara perkara yang dipantau pada lawatan itu ialah sistem fail panitia, pengurusan akademik dan kokurikulum, pejabat dan kewangan, rekod dan peratus kehadiran murid, disiplin, unit HEM, lawatan, program jaringan dan jalinan peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa, pencapaian akademik sepanjang 2008-2010, UPSR dan sebagainya. Dalam pada itu, beberapa orang nazir juga dilihat telah memantau kelas-kelas tertentu.



Tuesday, February 15, 2011

SALAM MAULIDUR RASUL 1432



Marilah sama-sama kita berselawat ke atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W. Semoga dengannya kita beroleh keberkatan dan syafaat di hari kemudian. Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat...

Wednesday, February 9, 2011

JEJAK HUFFAZ II


Nasyid "Suaru Fil Quran" (Surah-surah Dalam al-Quran)

Rabu 9 Feb 2011
Hari ini Kelab Pendidikan Islam & j-QAF menyambung Program Jejak Huffaz dengan aktiviti menghafaz surah-surah daripada al-Quran. Terdapat sebanyak 114 buah surah yang ada dalam kitab suci tersebut. Murid-murid dibimbing dengan kaedah hafaz melalui nasyid.

Menurut Ketua Kelab, Pn. Sunarti bt. Salim program ini mendapat sambutan yang baik daripada ahli terutama murid-murid tahun 5,4 dan 3 kerana ia menjanjikan 3 hadiah untuk 3 peserta terbaik yang berjaya menghafaz keseluruhan nama-nama surah. Beliau turut memuji beberapa orang murid yang berjaya menghafaz beberapa buah surah dan berharap mereka akan meneruskan lagi hafazan sehingga berjaya menghafaz keseluruhannya.


Muhd. Ilya Faris sedang memperdengarkan alunan suaranya