Tuesday, July 26, 2011

KEM BINA JUARA 2011


Para peserta bergambar kenangan bersama Us. Azmi Abdul Hamid (duduk 7 dari kiri) dan 10 orang fasilitator serta pegawai PPD Seb. Perai Utara.

44 Sekolah (SK) Program j-QAF Jayakan Kem Bina Juara

KEPALA BATAS Seramai 60 orang murid daripada 44 buah sekolah Program j-QAF Daerah SPU telah menyertai Kem Bina Juara (KBJ) Daerah Seberang Perai Utara yang berlangsung selama 4 hari bermula dari 18 hingga 21 Julai 2011 di Pusat Kegiatan Guru (PKG) Kepala Batas. Program yang dianjurkan oleh Unit Pengurusan Akademik, PPD Seb. Perai Utara itu telah dirasmikan oleh Ustaz Azmi Abdul Hamid, Penolong Pengarah j-QAF, JPN P. Pinang.

Kem Bina Juara j-QAF ini adalah suatu usaha untuk menggilap bakat dan potensi murid-murid cemerlang dalam aspek al-Quran, jawi dan Bahasa Arab dan menjadi asas melahirkan juara di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan. Dalam masa yang sama kem ini juga dapat membentuk Murid Turus yang akan membantu guru di kelas untuk membimbing rakan sebaya. Ia juga turut memberi peluang kepada murid untuk memperkembangkan bakat melalui modul yang diperkenalkan.

Pelaksanaannya dijalankan dalam bentuk kem yang memberi fokus kepada latihan secara individu dan berkumpulan (LDK) untuk mengasah bakat dan minat murid mendalami bidang tarannum, penulisan khat dan pengucapan awam dalam bahasa Arab. Bidang yang diketengahkan ini merupakan pengetahuan dan kemahiran tambahan kepada murid- murid yang telah menguasai bacaan al-Quran, jawi dan bahasa Arab dalam Program j-QAF.

Menurut salah seorang peserta, Haniey bt. Zaihal Hazri murid tahun 5 SK Bertam Indah, program KBJ ini amat bermakna dan menyeronokkan. Di samping dapat mengasah bakat yang sedia ada ia juga turut memberi nilai tambah kepada pengetahuan baru. Beliau berharap agar dapat mengikutinya lagi pada tahun hadapan.

** 3 Orang murid SKBI turut menyertai KBJ kali ini iaitu Haniey (B. Arab), Azamuddin (Tarannum) dan Noor Hakim Waldan (Penulisan Khat)

Haniey, Muhd Daniel Hakim dan Muhd. Ariff menunjukkan sijil penyertaan KBJ Daerah Utara

LAGU TEMA KBJ 2011

No comments:

Post a Comment