Monday, April 26, 2010

PENYAMPAIAN HADIAH - PESERTA MTQSS UTARA 2010




Para peserta bergambar bersama Ketua Panitia Pendidikan Islam, Pn. Sharifah bt. Yahya selepas menerima cenderahati dan sijil penghargaan.



Dari kiri : Nur Wani, Nur Syamimi, Nurul Izzati, Pn. Sharifah, Muhd Farwiz, Muhd Arifi dan Muhd Firdaus.

Peserta-peserta MTQSS SKBI Yang Layak Ke Peringkat Negeri mewakili daerah Utara adalah :

1. Muhd Firdaus - Hafazan
2. Muhd Arifi - Bercerita
3. Muhd Farwiz - Tilawah Al-Quran

**MTQSS Peringkat Negeri P. Pinang akan berlangsung di Dewan Milenium pada 7 Mei 2010.

Wednesday, April 21, 2010

BENGKEL KHAT 2 - KELAB j-QAF


Ahli kelab mempamerkan hasil kerja masing-masing


Tekun menyiapkan tugasan yang diberikan


Suasana semasa aktivi dijalankan


Masing-masing menunjukkan kretiviti melekatkan perada ke atas tulisan khat kufi yang diedarkan


Hasil sampingan yang secara tidak sengaja turut dipamerkan :)

Tuesday, April 13, 2010

PARA PESERTA MTQSS DAERAH UTARA - SKBI

TILAWAH AL-QURAN :

MUHAMMAD FARWIZ 6M
NUR IZZATI 6B

PERTANDINGAN HAFAZAN :

MUHAMMAD FIRDAUS 5D
NUR WANI 5N

PERTANDINGAN BERCERITA :

MUHAMMAD ARIFI 5M
NURSYAMIMI 5B

TARIKH : 14 APRIL 2010
TEMPAT : PPD UTARA
MASA : 10.00 PAGI - 1.00 PTG

***Doakan kejayaan pasukan SKBI dalam semua acara yang diwakili.

Wednesday, March 31, 2010

JOM PI EKSPO !!!

LATIHAN KOMPANG - KELAB j-QAF


Ahli persatuan ceria ketika mengadakan latihan kompang

Rabu 31 Mac 2010 Bertempat di Darul Bisyarah, ahli Persatuan Pendidikan Islam / j-QAF telah berlatih cara bermain kompang selama hampir 1 jam 30 minit. Latihan ini diadakan sebagai salah satu aktiviti yang dijalankan di bawah persatuan di samping mencungkil bakat-bakat baru untuk diketengahkan di dalam pertandingan kompang formasi.


Ustaz Zamzuri sedang menunjuk cara mengetuk kompang dengan betul


Murid perempuan juga tidak ketinggalan untuk mengikuti latihan ini


Tekun memerhatikan cara bermain kompang


Ust Normah turut serta dalam mengajar cara bermain kompang

Saturday, March 27, 2010

KBS 1 (TAHUN 6)


Ketua Panitia Pendidikan Islam sedang menyampaikan taklimat KBS

Jumaat 26 Mac 2010 Sejak jam 2.15 petang tadi, seramai 207 murid-murid tahun 6 telah berkumpul di SKBI untuk menyertai Kem Bestari Solat Kali Pertama bagi tahun 2010. Program yang dijalankan di bawah Panitia Pendidikan Islam ini telah dirasmikan oleh Pn. Guru Besar, Hjh. Halimatun Saadiah bt Said. Menurut beliau, KBS adalah satu program penting yang harus disertai oleh semua murid kerana ia adalah medan untuk mereka menimba ilmu dan mempelajari ibadat khususnya solat yang menjadi tonggak agama. Dalam pada itu, murid-murid tahun 6 juga amat bertuah kerana telah terpilih untuk menyertai kem kali ini kerana ia adalah KBS yang ke 21 sejak mereka menyertainya pada tahun 2005 semasa masih di tahun 1. Pada kali ini murid-murid diajar dengan beberapa persoalan di dalam solat seperti masbuq dan muafiq.

Kem yang berlangsung pada kali ini mempunyai sedikit kelainan kerana ia berjalan serentak bersama program lain iaitu majlis motivasi dan qiamullail bersama Unit Kaunseling. Sebaik selesai kira-kira jam 6.30 petang, murid-murid bersiap sedia untuk solat maghrib di Masjid al-Taqwa, Taman Bertam Indah seterusnya mendengar motivasi yang disampaikan oleh Us. Abdullah Khairi b. Hj. Haroon.

Setakat entri ini ditulis, semua murid-murid telahpun tidur di bilik-bilik yang disediakan di sekolah. Pada jam 4.30 pagi nanti, mereka akan bangun untuk mendirikan qiamullail yang akan dipimpin oleh Us. Muhd. Haniff (Imam Masjid al-Badawi, K. Batas). Program ini dijangka akan berakhir pada jam 8.00 pagi esok selepas murid-murid menyertai riadah dan senaman serta sarapan pagi.



Friday, March 12, 2010

MAULIDUR RASUL 2010


Murid-murid SKBI sedang mengalunkan selawat bersama-sama

Jumaat 12 Mac 2010 Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat SK Bertam Indah pada hari ini. Seawal jam 7.40 pagi, majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Us. Aswad b. Ahmad dan disusuli dengan alunan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW yang dipimpin oleh Us. Sabri b. Haniff.

Sejurus selepas itu, semua murid tahap dua terus bergerak ke ruang legar untuk sesi seterusnya iaitu ceramah yang telah disampaikan oleh Us. Muhd. Haniff (imam Masjid Jami' al-Badawi, Kepala Batas). Sementara itu murid-murid tahap satu pula bergerak ke bilik-bilik khas untuk menonton tayangan video "Muhammad Utusan Terakhir". Tayangan video yang memakan masa hampir 1 jam 1/2 itu diakhiri dengan acara kuiz.

Untuk tahap dua, sesi ceramah dimulakan dengan bacaan tilawah al-Quran oleh adik Muhammad Farwiz b. Abdul Halim dan diakhiri juga dengan acara kuiz. Apa yang menarik, pada tahun ini Panitia Pendidikan Islam telah mewujudkan satu anugerah* yang dinamakan "Anugerah Suria Gemilang" . Anugerah yang julung-julung kali diadakan ini adalah untuk memberi pengiktirafan kepada murid-murid yang berjaya dalam pelajaran. Menurut panel penilai, murid-murid berkenaan bukan sahaja dinilai dari segi akademik sahaja malah aspek sahsiah, penampilan, budi bahasa dan sumbangan dalam kokurikulum pendidikan islam juga turut diambil kira.

*Penerima Anugerah Suria Gemilang :

1. Muhammad Hafiz Halmizam (6 Mutiara)
2. Noor Eza Syazwana Elias (6 Berlian)


Bacaan tilawah al-Quran oleh Muhd. Farwiz


Murid-murid tahap 2 sedang mendengar ceramah


Murid prasekolah dan tahun 1 menonton video di Darul Bisyarah (surau)


Murid tahun 2 di Makmal j-QAF


Murid tahun 3 di bilik muzik


Adik Haziq Fikrey daripada kelas 3 Berlian menerima hadiah daripada Pn. Marini bt. Abdul Rashid dalam acara kuiz


Adik Anis daripada 3 Berlian turut menerima hadiah


Muhd. Farwiz menerima saguhati daripada Ketua Panitia Pendidikan Islam, Pn. Sharifah bt. Yahya (Pn. Sharifah adalah ibunya...)