Sunday, May 27, 2012
Tuesday, May 22, 2012
e-LAPORAN Datang Lagi...
Sedar tak sedar, dah hampir masuk setengah tahun sesi pengajian tahun 2012. Maknanya.. dah hampir selesai sesi pengajian penggal pertama berlangsung. Masuk bulan Jun nanti, bermulalah episod baru pengajian penggal kedua bakal mengambil tempat.
Seiring dengan kehadiran bulan Jun nanti, pelbagai rekod hasil peperiksaan penggal pertama akan dinoktahkan ke dalam pelbagai laporan mengikut opsyen masing-masing. j-QAF juga tidak ketinggalan menerima tempias tersebut. Seperti tahun-tahun dahulu, bulan Jun adalah bulan paling sibuk dengan pelbagai laporan, bermula daripada menyediakan set kertas peperiksaan, memeriksa kertas tersebut, mengumpul markah, menghadiri sesi taklimat e-laporan, mengisi markah seterusnya melaporkan terus ke pihak PPD untuk dipanjangkan ke peringkat JPN dan KPM di Putrajaya.
Untuk itu, marilah kita guru-guru j-QAF SKBI mengumpul tenaga mengerah kudrat untuk sama-sama menabur bakti dalam menjayakan misi tahunan itu. Moga-moga sumbangan kita walaupun tidak seberapa akan membuahkan hasil demi kejayaan anak-anak didik kita. Amin.. :)
12 Jun 2012 - Taklimat e-Laporan oleh PPD Utara (tempat akan diberitahu)
03 Julai 2012 - Pengumpulan di peringkat PPD Utara.
10 Julai 2012 - Pengumpulan di peringkat JPN Pulau Pinang.

Tarikh-tarikh Penting :
12 Jun 2012 - Taklimat e-Laporan oleh PPD Utara (tempat akan diberitahu)
03 Julai 2012 - Pengumpulan di peringkat PPD Utara.
10 Julai 2012 - Pengumpulan di peringkat JPN Pulau Pinang.
Saturday, May 19, 2012
Wednesday, May 16, 2012
Saturday, March 24, 2012
Wednesday, February 29, 2012
Friday, February 10, 2012
Sambutan Maulidur Rasul 1433

Panitia Pendidikan Islam hari ini telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat SK Bertam Indah 2012. Majlis yang dimulakan pada jam 7.40 pagi dimulakan dengan Bacaan Yasin Perdana yang dipimpin oleh Us. Aswad Ahmad dan Us. Zamzuri Daud. Majlis diserikan lagi dengan alunan salam dan selawat ke atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW.
Seterusnya majlis diteruskan dengan perarakan perdana yang disertai oleh semua murid tahap 2. Perarakan yang turut diiringi guru-guru SKBI merentasi jalan-jalan sekitar Taman Bertam Indah sejauh 2.5 km. Bagi murid tahap 1, mereka dikumpulkan di ruang legar bagi acara dewan seperti kuiz, nasyid, qasidah dan tayangan video pilihan.
Selepas rehat kesemua murid kembali ke kelas masing-masing untuk menyertai aktiviti mewarna. Pemenang dalam kesemua acara yang dijalankan akan menerima hadiah pada hari Isnin depan.
Subscribe to:
Posts (Atom)