Thursday, May 27, 2010

UJIAN PKSR B. ARAB PENGGAL PERTAMA 2010

KEPALA BATAS 27 MEI 2010 Seramai 850 orang murid SK Bertam Indah telah menduduki Ujian Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) Bahasa Arab Kementerian Pelajaran Malaysia pada hari ini. Mereka adalah murid-murid yang terdiri daripada tahun 3 hingga tahun 6. Ujian yang dijalankan serentak di seluruh negara itu bermula pada jam 8.10 pagi dan tamat sejam berikutnya.

Menurut Penyelaras j-QAF, Pn. Norduriah Bt. Mat Daud, kesemua murid telah mengambil ujian tersebut di kelas masing-masing. Walaubagaimanapun terdapat sebahagian daripada mereka iaitu murid-murid daripada kelas 6 Berlian, 6 Mutiara dan 6 Delima telah menduduki peperiksaan tersebut di MPC, Kepala Batas kerana terlibat dengan Program Menggilap Permata yang bermula sehari sebelumnya.

Wednesday, May 19, 2010

SELAWAT BURDAH - DEHEARTY

Sempena Sambutan Hari Guru SKBI 2001 Jumaat ini, Panitia Pendidikan Islam akan mempersembahkan persembahan mereka dengan lagu "Selawat Burdah" nyanyian Kumpulan Dehearty. Lagu ini akan dinyanyikan oleh En. Zamzuri yang bertindak sebagai solo utama dan dibantu dengan backup singer oleh En. Aswad sementara pemain perkusi pula adalah En. Rasyiddin beserta iringan kompang oleh kesemua guru PI.

Wednesday, May 12, 2010

AKTIVITI MENCIPTA KAD - KELAB j-QAF

Darul Bisyarah 12 Mei 2010 Ahli Persatuan Pendidikan Islam dan j-QAF hari ini telah berkumpul di Darul Bisyarah seawal jam 7.50 untuk mengadakan aktiviti ko-kurikulum. Pada kali ini mereka dengan kekreatifan masing-masing telah menunjukkan bakat bagi mencipta kad ucapan sempena Hari Guru.





Friday, May 7, 2010

KEPUTUSAN MTQSS PERINGKAT NEGERI 2010



Pn. Hawa bt. Mat Yazid, Pen. Kanan 1 (kiri sekali) antara pihak pentadbir yang hadir memberi sokongan dan menyaksikan persembahan peserta-peserta SKBI.


Jumaat 7 Mei 2010 Majlis Tilawah Al-Quran Sekolah-sekolah (MTQSS) Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Negeri P. Pinang 2010 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Milenium, Kepala Batas. Program tahunan anjuran Jabatan Pelajaran Negeri P. Pinang itu diadakan sempena Ekspo Pendidikan Islam Peringkat Negeri P. Pinang yang berlangsung selama 2 hari mulai 7 hingga 8 Mei 2010.

Dalam program tersebut, tiga orang murid SK Bertam Indah telah menyertai dalam beberapa acara bagi mewakili daerah Utara iaitu Muhammad Farwiz b. Abdul Halim (Tilawah Al-Quran), Muhammad Firdaus Asyraf b. Mazlan (Hafazan) dan Muhammad Arifi b. Abdul Latiff (Bercerita dari Kisah-Kisah Al-Quran).

Menurut Ketua Panitia Pendidikan Islam SKBI, Pn. Sharifah bt. Yahya, ini adalah kali kedua peserta SKBI berjaya melangkah ke peringkat negeri dalam acara MTQSS setelah pernah menyertainya pada tahun 2005 menerusi Muhammad Akmal b. Abdul Latiff dalam acara "Bercerita dari Kisah-Kisah Al-Quran". Muhammad Akmal seterusnya layak ke peringkat kebangsaan setelah dinobatkan sebagai johan di peringkat negeri.

Tambahnya lagi, kesemua peserta SK Bertam Indah telah menunjukkan persembahan yang baik dan berkualiti dalam semua acara yang diwakili, namun hanya seorang peserta iaitu Muhammad Firdaus Asyraf b. Mazlan telah mendapat Naib Johan dalam acara Hafazan sementara dua orang peserta lain mendapat hadiah saguhati.

Pihak Panitia Pendidikan Islam merakamkan syabas dan tahniah kepada semua peserta SKBI dan ucapan terima kasih kepada Guru Besar, Penolong-penolong Kanan, guru-guru dan waris yang hadir bagi memberi sokongan kepada semua peserta SKBI yang bertanding dalam MTQSS 2010 ini.