Friday, May 7, 2010
KEPUTUSAN MTQSS PERINGKAT NEGERI 2010
Pn. Hawa bt. Mat Yazid, Pen. Kanan 1 (kiri sekali) antara pihak pentadbir yang hadir memberi sokongan dan menyaksikan persembahan peserta-peserta SKBI.
Jumaat 7 Mei 2010 Majlis Tilawah Al-Quran Sekolah-sekolah (MTQSS) Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Negeri P. Pinang 2010 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Milenium, Kepala Batas. Program tahunan anjuran Jabatan Pelajaran Negeri P. Pinang itu diadakan sempena Ekspo Pendidikan Islam Peringkat Negeri P. Pinang yang berlangsung selama 2 hari mulai 7 hingga 8 Mei 2010.
Dalam program tersebut, tiga orang murid SK Bertam Indah telah menyertai dalam beberapa acara bagi mewakili daerah Utara iaitu Muhammad Farwiz b. Abdul Halim (Tilawah Al-Quran), Muhammad Firdaus Asyraf b. Mazlan (Hafazan) dan Muhammad Arifi b. Abdul Latiff (Bercerita dari Kisah-Kisah Al-Quran).
Menurut Ketua Panitia Pendidikan Islam SKBI, Pn. Sharifah bt. Yahya, ini adalah kali kedua peserta SKBI berjaya melangkah ke peringkat negeri dalam acara MTQSS setelah pernah menyertainya pada tahun 2005 menerusi Muhammad Akmal b. Abdul Latiff dalam acara "Bercerita dari Kisah-Kisah Al-Quran". Muhammad Akmal seterusnya layak ke peringkat kebangsaan setelah dinobatkan sebagai johan di peringkat negeri.
Tambahnya lagi, kesemua peserta SK Bertam Indah telah menunjukkan persembahan yang baik dan berkualiti dalam semua acara yang diwakili, namun hanya seorang peserta iaitu Muhammad Firdaus Asyraf b. Mazlan telah mendapat Naib Johan dalam acara Hafazan sementara dua orang peserta lain mendapat hadiah saguhati.
Pihak Panitia Pendidikan Islam merakamkan syabas dan tahniah kepada semua peserta SKBI dan ucapan terima kasih kepada Guru Besar, Penolong-penolong Kanan, guru-guru dan waris yang hadir bagi memberi sokongan kepada semua peserta SKBI yang bertanding dalam MTQSS 2010 ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment