Saturday, September 4, 2010

MAJLIS KHATAM AL-QURAN (Tadarus Ramadan)



Darul Bisyarah 3 September 2010
Seramai 95 orang murid Tahun 4 dan 5 telahpun menjayakan Majlis Khatam Al-Quran Sempena Program Ihya' Ramadan 1431 pada kali ini. Majlis yang diadakan sejurus selepas Program Bacaan Yasin Mingguan Tahun 6 itu telah dipimpin oleh Yg. Berbahagia Ustaz Hanif, Imam Masjid Badawi, Kepala Batas.

Dalam pada itu, seramai 18 orang murid selaku pembaca pengiring khalifah telah memperdengarkan bacaan masing-masing bermula dari surah al-Dhuha hingga surah al-Ahad. Apa yang menarik, kesemua murid tahun 4 dan 5 yang dipilih mengikuti program ini adalah di kalangan mereka yang telahpun khatam al-Quran.

Di akhir majlis, pihak Panitia Pendidikan Islam menyampaikan saguhati daripada PIBG SK Bertam Indah berbentuk duit raya sebanyak RM10 kepada setiap peserta.





No comments:

Post a Comment