
Dalam pada itu, pasukan yang dipimpin oleh Muhammad Uzair Qaid sebagai kondaktor itu terdiri daripada 33 orang murid tahun 4 dan 5 yang kesemuanya adalah dari kalangan mereka yang menyertainya buat kali pertama.
Alhamdulillah, persembahan yang memakan masa hampir 8 minit itu telah berlangsung dengan jayanya walaupun terdapat sedikit kesilapan dan kekeliruan di bahagian sistem suara, teknikal dan lampu yang menatai dan menerangi pentas utama semasa persembahan :).
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan persembahan ini terutamanya kepada Us. Zulkifli bin Talib (Pegawai Pendidikan Islam, PPD Utara) yang banyak mengurus dan menjaga kebajikan murid-murid sepanjang sesi latihan dan raptai sehinggalah ke saat-saat akhir persembahan, Hjh. Halimatun Sa'adiah bt. Said (Guru Besar SKBI) yang memberi dorongan serta turut hadir memberi sokongan dan Pn. Noor'ain bt. Najmuddin yang membantu dari segi mencari dan menyediakan semua aksesori dan kelengkapan persembahan. Tidak dilupakan juga kepada semua guru dan waris pelajar yang hadir menyaksikan persembahan tersebut.
Terima kasih yang tidak terhingga juga, kepada semua anggota 'Firqah 'Abqariy' yang banyak berkorban dari segi masa, mental dan fizikal walaupun sibuk dengan sesi pembelajaran dan peperiksaan serta program-program yang dijalankan di sekolah. Jasa kalian mengharumkan nama sekolah tidak dapat dilupakan. Semoga Allah merahmati kita semua, Amin.
*Jurulatih Kalam Jama'ie terdiri daripada guru-guru Pendidikan Islam dan j-QAF iaitu En. Rasyiddin Mohd, En. Zamzuri Daud dan Pn. Syarifah Yahya.

Bergambar kenangan sebelum bertolak ke SMKA Al-Irsyad

Kelihatan dalam gambar, dari kiri : Cik Sharihah, Pn. Faizah, Pn. Sharifah dan En. Rasyiddin