Friday, May 27, 2011

PERSEMBAHAN KALAM JAMA'IE

Pokok Sena 27 Mei 2011 Kurang 2 jam yang lalu, pasukan Kalam Jama'ie SK Bertam Indah telah selesai mengadakan persembahan di Malam Semarak Wahyu sempena Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Kebangsaan 2011 yang diadakan di SMKA Al-Irsyad, Pokok Sena, Pulau Pinang. Pasukan yang dikenali sebagai 'Firqah 'Abqariy' itu telah menyampaikan Kalam Jama'ie yang bertajuk "Al-Quran Nur".

Dalam pada itu, pasukan yang dipimpin oleh Muhammad Uzair Qaid sebagai kondaktor itu terdiri daripada 33 orang murid tahun 4 dan 5 yang kesemuanya adalah dari kalangan mereka yang menyertainya buat kali pertama.

Alhamdulillah, persembahan yang memakan masa hampir 8 minit itu telah berlangsung dengan jayanya walaupun terdapat sedikit kesilapan dan kekeliruan di bahagian sistem suara, teknikal dan lampu yang menatai dan menerangi pentas utama semasa persembahan :).

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan persembahan ini terutamanya kepada Us. Zulkifli bin Talib (Pegawai Pendidikan Islam, PPD Utara) yang banyak mengurus dan menjaga kebajikan murid-murid sepanjang sesi latihan dan raptai sehinggalah ke saat-saat akhir persembahan, Hjh. Halimatun Sa'adiah bt. Said (Guru Besar SKBI) yang memberi dorongan serta turut hadir memberi sokongan dan Pn. Noor'ain bt. Najmuddin yang membantu dari segi mencari dan menyediakan semua aksesori dan kelengkapan persembahan. Tidak dilupakan juga kepada semua guru dan waris pelajar yang hadir menyaksikan persembahan tersebut.

Terima kasih yang tidak terhingga juga, Syukran Jazilan Wa Jazakumullahu Khairal Ajza' kepada semua anggota 'Firqah 'Abqariy' yang banyak berkorban dari segi masa, mental dan fizikal walaupun sibuk dengan sesi pembelajaran dan peperiksaan serta program-program yang dijalankan di sekolah. Jasa kalian mengharumkan nama sekolah tidak dapat dilupakan. Semoga Allah merahmati kita semua, Amin.

*Jurulatih Kalam Jama'ie terdiri daripada guru-guru Pendidikan Islam dan j-QAF iaitu En. Rasyiddin Mohd, En. Zamzuri Daud dan Pn. Syarifah Yahya.


Bergambar kenangan sebelum bertolak ke SMKA Al-Irsyad


Kelihatan dalam gambar, dari kiri : Cik Sharihah, Pn. Faizah, Pn. Sharifah dan En. Rasyiddin

2 comments:

  1. Kesian kt budak-budak, terpaksa berdiri di belakang skrin sepanjang sesi persembahan multimedia. Sudahlah keadaan panas di atas tu.. ditambah lagi dengan ruang yang sempit sehinggakan nak bergerak pun pipi dan muka bersentuhan dengan skrin. Bermandi peluh mereka menanti persembahan dizahirkan... :) Diharap, adegan spt ini tidak berlaku lagi di masa hadapan. Ikutlah spt mana asal raptai dijalankan...

    Rasyiddin Mohd

    ReplyDelete