Friday, October 15, 2010

MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERDANA : Catatan Indah Di Bumi Bertuah

Tanggal 13 Oktober 2010… Hujan yang turun seiring dengan alunan zikir asma al-husna… menyaksikan satu peristiwa yang akan terpahat di setiap minda semua yang terlibat. Majlis Khatam Al-Quran Perdana murid-murid j-QAF sesi 2005 hingga 2010 berjalan dengan lancar dan sempurna. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Berbahagia Penolong Pengarah j-QAF JPN Negeri Pulau Pinang, Ustaz Azmi b. Abdul Hamid…. di atas kesudian beliau merasmikan majlis yang penuh keberkatan ini. Seramai 201 daripada 204 orang murid tahun 6 telah berjaya mengkhatamkan Al-quran di sepanjang sesi pembelajaran mereka di sekolah Kebangsaan Bertam Indah. Manakala 3 orang pelajar masih meneruskan perjuangan mereka untuk mengkhatam al-Quran bersama guru masing-masing(BIG).

Terima kasih juga kepada pihak pentadbir terutamanya Puan Guru Besar kerana memberi kerjasama yang jitu tanpa berbelah bagi. Tanpa bantuan Guan Besar pastinya j-QAF Sekolah Kebangsaan Bertam Indah tidak dapat mengilap kecemerlangan seperti yang dikecapi sekarang ini.

Tidak dilupa juga kepada mantan Guru Besar sesi 2005 hingga 2008 yang disayangi. Pn. Norjah bt. Jamaludin yang sentiasa memberi bantuan dan sokongan moral serta tunjuk ajar dalam setiap aspek. Cikgu Norjah juga banyak memberi ruang serta peluang untuk kami guru-guru j-QAF merialisasikan program j-QAF tanpa batasan.

Begitu juga dengan penglibatan guru-guru akademik yang sentiasa prihatin dan memberi kerjasama sepanjang perjalanan Kem Bestari Solat. Tanpa bantuan guru-guru akademik untuk menjaga keselamatan dan makanan para peserta pastinya semua program tidak akan berjalan dengan lancar dan berada di dalam keadaan yang terkawal serta selamat.

Kepada guru-guru Pendidikan Islam dan Ketua Panitia, jutaan terima kasih kerana banyak membantu kami dalam menjayakan setiap program j-QAF yang dijalankan. Terutamanya Ustazah Normah bt Samsudin selaku Penyelaras j-QAF. Ustazah Normah sebagai kakak yang tidak jemu menasihati adik-adiknya tentang amanah seorang guru j-QAF, sebagai ibu di waktu anak-anak bermasalah serta sebagai nenek yang sanggup menjaga cucu-cucu di kala kami guru-guru j-qaf sibuk mengisi data.

Bersatunya j-QAF adalah dengan iringan doa serta berkat kerjasama semua guru-guru j-QAF serta penglibatan semua pihak yang terlibat samada dari segi kewangan ataupun nasihat serta tunjuk ajar yang telah diberikan secara langsung ataupun tidak langsung. Kepada pihak-pihak yang banyak memberi sumbangan di dalam menjayakan majlis Khatam al-Quran perdana ini, kami ucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga. Tanpa bantuan kewangan dari penyumbang pastinya MKQP tidak akan dapat berjalan dengan lancar.




Akhbar Sinar Harian 14 Oktober 2010


http://www.sinarharian.com.my/utr/content/story8289116.asp

No comments:

Post a Comment