Wednesday, October 13, 2010

MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERDANA


Us. Zulkifli b. Talib bertanyakan sesuatu kepada Guru Besar, Pn. Hjh. Halimatun Saadiah bt. Sa'id sambil diperhatikan oleh Us. Azmi b. Abdul Hamid. Di sebelah kanan beliau adalah YDP PIBG SK Bertam Indah.

Rabu 13 Oktober 2010
Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama PIBG SK Bertam Indah hari ini melakar sejarah apabila berjaya menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran Perdana 2010 sempena Kemuncak Program j-QAF. Majlis yang dirasmikan oleh Al-Fadhil Ustaz Azmi b. Abdul Hamid (Penolong Pengarah j-QAF) ini telah dimulakan dengan perarakan kompang selawat dan alunan nasyid Asma' al-Husna. Seramai 18 orang murid tahun 6 program j-QAF telah memperdengarkan bacaan masing-masing dengan diketuai oleh En. Rasyiddin b. Mohd yang bertindak selaku khalifah.

Turut hadir pada majlis ini ialah Us. Zulkifli b. Talib, Pegawai Pendidikan Islam, PPD Utara dan En. Shariful Azhar, YDP PIBG. Menurut Ketua Panitia Pendidikan Islam, Pn. Syarifah bt. Yahya program ini telah dirancang dengan penuh teliti kerana ia merupakan program mega yang melibatkan murid-murid generasi pertama j-QAF. Ini amat penting kerana penat lelah para guru mengajar dan bertungkus lumus selama 6 tahun dapat dilihat dan hasilnya dikecapai bersama pada hari ini.

Di majlis ini juga, seramai 2 orang murid iaitu Mirza Rusyaidi b. Marzuki dan Siti Aida bt. Rohaidi telah dipilih untuk menerima Anugerah Gemilang j-QAF 2005-2010. Anugerah yang diberikan ini adalah untuk mengiktiraf murid-murid berkenaan yang berjaya dalam pelajaran dan semua aktiviti kokurikum yang berteraskan program dan model-model j-QAF. Di akhir majlis semua murid tahun 6 yang beragama Islam seramai 205 orang telah diberikan sijil pencapaian, cenderahati dan sehelai t-shirt majlis khatam sebagai kenang-kenangan.




Para peserta khatam dan dif-dif kehormat diiring masuk ke pentas utama dengan paluan kompang selawat



Para peserta khatam berdiri mengalunkan Asma al-Husna bersama para hadirin


18 orang murid yang mewakili keseluruhan 210 orang murid Tahun 6 memperdengarkan bacaan masing-masing


Mirza Rusyaidi bersama ibu serta ayahnya ketika menerima Anugerah Gemilang j-QAF 2005-2010


Siti Aida yang turut menerima Anugerah Gemilang j-QAF 2005-2010 (Kategori Perempuan) bergambar kenangan bersama ayahanda tercinta

No comments:

Post a Comment