Wednesday, January 26, 2011

JEJAK HUFFAZ


Rabu 26 Jan 2011 Kelab Pendidikan Islam & j-QAF hari ini mengadakan aktiviti pertama iaitu Program Jejak Huffaz. Program ini bertujuan untuk mencungkil bakat di kalangan murid khususnya di dalam bidang hafazan.

Sebagai permulaan pihak kelab telah memilih surah al-Fatihah sebagai surah pertama untuk dihayati. Ini kerana surah al-Fatihah merupakan surah pertama di dalam al-Quran di samping yang paling banyak dibaca terutama di dalam solat seharian. Murid bukan sahaja dibimbing dari segi bacaan dan hafazan malah hukum tajwid dan makhraj huruf juga turut diambil kira.




Muhd Firdaus Ashraf sedang memperdengarkan bacaan surah al-Fatihah sementara murid-murid lain mengikut bacaannya.

No comments:

Post a Comment