Friday, January 21, 2011

KEM BESTARI SOLAT 2 / 2011

Jumaat 21 Jan 2011 Panitia Pendidikan Islam SK Bertam Indah hari ini menganjurkan Kem Bestari Solat Tahun 2 Siri Pertama 2011. Kem yang dijalankan selepas solat Jumaat itu mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada murid-murid. Seawal jam 2.30 petang lagi mereka telahpun sampai ke sekolah walaupun program dijadualkan bermula pada jam 3.00 petang.


Para peserta dibahagikan kumpulan


Tekun membaca dan menghafal bacaan-bacaan dalam solat


Peserta bersemangat membaca bacaan tahiyyat awal walaupun terdapat di antara sebutannya kurang tepat seperti "Asy-syadu"... Lepas nie.. sebut biar betul-betul.. Asyhadu... :)



Menu petang ini bihun sup dan air sirap. Murid-murid menunjukkan isyarat bagus menandakan menu yang dihidangkan menepati selera mereka


Sesi amali wuduk


Solat asar berjemaah diimamkan oleh Us. Mohamad Sabri b. Haniff

No comments:

Post a Comment