Subhanallah, Maha Suci Allah. Segala yang berlaku adalah dengan kuasa Allah serta menunjukkan tanda-tanda kebesaranNya.
Seluruh penduduk dunia pada Rabu kelmarin berpeluang menyaksikan satu peristiwa yang jarang-jarang berlaku iaitu planet Zuhrah ataupun Kejora melintasi matahari. Fenomena itu hanya dapat disaksikan sekali seumur hidup bagi seorang manusia yang jangka hayatnya kurang 100 tahun. Namun, bagi yang berkesempatan mungkin umurnya ketika itu adalah 117 tahun (berumur 12 tahun pada 2012) ataupun lebih, mereka bakal menyaksikan lagi pada 10 Disember 2117 iaitu 105 tahun akan datang.

Ia berlaku apabila bumi
bergerak mengelilingi matahari selama lebih kurang 365 hari. Manakala Zuhrah
pula mengambil masa 225 hari untuk melengkapi satu pusingan mengelilingi
matahari. Ketika planet Zuhrah mengorbit matahari, ia akan melintasi bumi setiap 1.6 tahun kerana orbitnya lebih kecil dan pergerakkannya
lebih laju berbanding bumi. Ketika itu ia akan berada di antara matahari dan bumi. Disebabkan satah orbit Zuhrah ini sedikit
senget, maka selalunya ia akan berada di posisi bawah ataupun atas matahari.
Menurut ahli astronomi pertama Johannes Kepler, planet Zuhrah akan melintasi matahari sebanyak dua kali secara occur in pairs iaitu secara berpasangan dalam jangka masa lapan tahun dan tidak akan melintasinya lagi sebelum berlalu satu abad. Pada tahun 2004 ia telahpun berlaku iaitu pada tanggal 8 Jun 2004. Selepas transit pada tahun 2004 dan 2012, ia tidak akan berlaku lagi sehingga 2117 dan 2125. Untuk rekod, transit semasa ini telahpun didahului dengan transit sebelumnya iaitu pada tahun 1874 - 1882 dan 1761 - 1769.
Di Malaysia hanya penduduk sebelah pantai timur Sabah sahaja yang boleh melihatnya pada pagi Rabu 6 Jun 2012 bermula 6.27 pagi dan berakhir pada jam 12.49 tengah hari.

http://youtu.be/UDWtDIYcvdE
No comments:
Post a Comment