Dr. Richard Cabot seorang
profesor kedoktoran di Univeristi Harvard mengatakan dalam bukunya yang
berjudul How Humans Live : "Sebagai seorang doktor saya menasihatkan
bahawa bekerja telah banyak mengubati orang yang menderita penyakit kelumpuhan
jiwa yang diakibatkan oleh keraguan, rasa takut dan ketidakpastian. Keberanian
yang diberikan kepada kita oleh kerja keras seperti kepercayaan diri yang
membuat Emerson begitu hebat."
Allah S.W.T. berfirman :
Apabila telah ditunaikan
solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah kurnia Allah dan
ingatlah Allah sebanyak-banyaknya supaya kamu beruntung...
(Al-Jumu'ah : 10)
George Bernard Shaw
berkata : "Rahsia ketidakbahagiaan itu terletak dalam kesempatan yang
diberikan kepada anda untuk berfikir dengan luas, apakah anda berada dalam
keadaan bahagia atau tidak. Oleh sebab itu, jangan terlalu banyak berfikir
tentang perkara itu. Sebaliknya, teruslah bekerja, kerana saat itu darah anda
akan mulai mengalir dan otak anda mulai berfikir lagi. Kehidupan yang baru akan
melenyapkan fikiran-fikiran itu dari otak anda. Bekerjalah dan jangan pernah
berhenti. Kerana ini merupakan resepi yang paling murah yang pernah ada di muka
bumi dan paling mujarab."
Allah S.W.T. berfirman :
Bekerjalah kamu nescaya
Allah dan Rasulnya serta orang mukmin akan melihat pekerjaanmu...
(At-Taubah : 105)
Benjamin Disraeli
mengatakan : "Kehidupan ini terlalu singkat untuk disia-siakan."
Salah seorang bijak
bestari yang berasal dari negeri Arab mengatakan : "Kehidupan ini terlalu
singkat untuk kita isi dengan perbalahan."
Allah S.W.T. berfirman :
"Berapa tahunkah
lamanya kamu tinggal di bumi?" Mereka menjawab : "Kami tinggal (di
bumi) sehari atau setengah hari, maka tanyakanlah kepada orang yang
menghitung." Allah berfirman : "Kamu tidak tinggal (di bumi)
melainkan sebentar saja, kalau kamu mengetahui."
(Al-Mukminun : 112-114)
(Sumber :
http://jawi.gov.my/my/arkib-berita-2/arkibtazkirah/1763-berbuatlah-sesuatu-dan-hindari-kosong-dari-kegiatan)
No comments:
Post a Comment